Dahulu ZZ Auralife Sdn. Bhd. dikenali sebagai ZZ Aura Anak Mami pada tahun 2008. Syarikat ZZ Aura Anak Mami menjalankan perniagaan ini secara "Trading" . Produk utama pada masa itu adalah produk minyak wangi tanpa alkohol yang disuntik dengan getaran tenaga aura. Kami melakukan pembaharuan yang membezakan produk kami dengan minyak wangi lain dan produk yang berasaskan aura yang sedia ada di pasaran. Alhamdulillah, dengan izinNya permintaan produk minyak wangi auralife sangat tinggi di pasaran seluruh malaysia malah sambutan hangat daripada pengguna amat menggalakkan. Syarikat juga telah memperolehi testimoni daripada pengguna dan juga ahli auralife. Testimoni syarikat perolehi sangat memberangsangkan dan "MIRACLE".
Pada Bulan Mei 2009 kami telah berhijrah ke pejabat yang baru, lokasinya lebih
mudah dikunjungi dan selesa. Tertubuhnya syarikat ZZ Auralife Sdn. Bhd. menjalankan
perniagaan secara trading sementara menunggu Lesen Akta Jualan Langsung daripada
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) .
Pada Disember 2009 syarikat telah melancarkan produk terbaru iaitu Aura Minda
Pintar dan jangkaan syarikat tepat produk ini mampu menandingi produk perfum
auralife. Permintaan yang tinggi dan menggalakkan ini juga telah membuat syarikat
mengambil keputusan untuk mencipta produk-produk yang baru , bermutu dan
berkualiti. Akhirnya syarikat telah melancarkan 3 produk "killer" iaitu Aura CEO Coffee,
Aura Shaping& Beauty Lotion dan Aura Beauty Soap pada Julai 2010 di PWTC
(Putra World Trade Centre) dan jemputan yang hadir sebanyak 500 orang yang terdiri
daripada badan profesional, wartawan,usahawan dan juga leader-leader terhebat
auralife.
Pada masa yang sama juga syarikat telah berjaya memperolehi Lesen Akta Jualan
Langsung (AJL) daripada pihak KPDN dengan berkat kesabaran semua pihak dan
kerjasama KPDN telah membuat syarikat berkembang dengan pesat tanpa diduga syarikat.
Kini ZZ Auralife Sdn. Bhd. telah dikenali di Seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan juga
Indonesia. Syarikat telah berpindah ke bangunan baru (Wisma Auralife) yang berharga
RM2 juta lebih dan lebih kukuh bagi menampung tempahan produk dan juga melancarkan
pentadbiran pengurusan Auralife.
Pada 19 Mac ini syarikat ZZ Auralife Sdn.Bhd. akan melancarkan 7 produk terbaru di
PWTC antaranya Aura Miracle Watch, Aura Car Perfum, Aura Amaze Body Lotion, Aura
Amaze Deodorant, Aura Amaze Talcum,Aura Amaze Shower Gel, dan Aura Amaze
Shampoo. Syarikat juga menjangkakan 7 produk terbaru yang akan dilancarkan ini
setanding dengan produk yang telah sedia ada. Harapan syarikat, dengan kemunculan
produk baru dan produk sedia ada ini akan melahirkan beberapa “Jutawan Auralife”.
Syarikat akan sentiasa mencipta produk-produk terbaru bagi memberi peluang kepada
ahli auralife dan juga pengguna boleh membuat pilihan dan citarasa mereka.
Bersama-samalah kita berganding bahu menuju ke matlamat kejayaan seperti moto
syarikat “Menyinari Kehidupan” . Semoga kehidupan anda disinari dengan kejayaan
anda bersama kami di Auralife.